Aku mencintaimu kerana Allah
Ketika aku menyayangimu kerana akidah mu
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah
Ketika aku mendoakan mu tanpa kau tahu
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah
Ketika aku mendoakan mu tanpa kau tahu
Ketika aku berlapang dada dengan teguran mu
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaan mu
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantu mu
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahan mu
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untuk mu
Ketika aku menjaga rahsia mu
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu
Dan aku melakukannya dengan izin Allah
dan semoga hanya kerana Allah
Nabi SAW bersabda :
“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan.
Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya.
Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”,
Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.”
(Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)
Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :
“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada
orang-orang yang saling mencintai keranaKu,
KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang
yang saling mengunjungi keranaKu,
KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang
yang saling memberi keranaKu,
KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang
yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)
0 comments: