SEMUA UNTUK AWAK



hai . post kali ni . nak tulis surat khusus untuk cinta hati mig 
kenapa mig nak tulis surat pulak untuk dia ni ..sebab mig dah kecewa kan dia . tapi sebenarnya hati mig lagi kecewa sebab tak tunaikan kata-kata mig . bukan tak nak tapi tak mampu . mig pun tak nak letak harapan yang tinggi dengan apa yang kita dah plan . tapi , tiba-tiba mig semangat sangat nak jumpa awak
semua plan tu dah lebur pun sekarang ni .sepatutnya sekarang dah dalam perjalanan ke tempat awak 
maafkan mig sebab tak mampu buat apa-apa untuk gembirakan awak 

NUR SYAMEERA BINTI RAZALI 
UiTM KAMPUS ARAU 
02600 ARAU 
PERLIS 

Assalammualaikum , 
pertamanya , surat ni untuk mohon maaf atas sebab saya tak tunaikan kata-kata saya hari tu .saya dah cuba sedaya upaya untuk cari jalan tapi tetap tak jumpa penyelesaiaannya. awak kata awak tak letak harapan yang tinggi . saya sebenarnya kecewa  , terasa jugak dengan kata-kata tu . saya betul-betul teruja nak rancang macam-macam . tapi , respon awak lain . ye , saya tahu awak betul . saya tak kata salah . cuma bila tengahari isnin tu saya dah mesej awak bagitahu saya nak teruskan balik rancangan kita tapi respon awak lambat . saya pun mula terfikir ..mungkin aku yang terlampau berimaginasi untuk merealisasikan rancangan tu.

keduanya , surat ni juga untuk menyatakan ya ..saya bukan yang terbaik untuk awak . saya tak mampu bahagiakan awak. tapi , jauh di sudut hati ni , bermacam cara saya cuba buat namun ternyata semua itu mungkin tidak memadai . saya pernah terbaca ; Allah akan menemukan kita dengan orang yang salah dahulu sebelum menemukan kita dengan orang yang benar-benar untuk kita . saya terfikir , di manakah kedudukan hubungan kita sekarang . saya berusaha sungguh-sungguh untuk bahagiakan awak . saya harap segala usaha itu akan terbayar jua nanti . saya tahu saya tak layak untuk awak . saya tak dapat bahagiakan awak . tapi saya akan terus berusaha , berdoa juga awak ..untuk hubungan kita ni . 

ketiganya , surat ni untuk menyatakan bahawa saya amat merindui awak . sangat-sangat rindu . mungkin awak tak rasa tapi saya tak menipu . jujur saya rindu . jujur saya sayang . awak tak pernah luput dari ingatan saya .
saya selalu dial nombor awak . nak dengar suara sekejap je . tapi , awak selalu tak angkat . selalu matikan panggilan . tak mengapa lah awak . tak perlu jelaskan sebab saya tahu awak sibuk tiap kali saya buat panggilan . saya yang salah waktu rasanya . saya harap awak tak serik untuk angkat panggilan dari saya.

saya akhiri surat ini dengan harapan saya akan berubah menjadi yang lebih baik untuk awak .saya tak mampu nak cakap berhadapan .awak tahu..kita jauh sangat sekarang . awak tak nak rapatkan ke? saya rasa ada sesuatu yang mula menjauh.dan akhir kata saya cuma berharap yang awak juga menyayangi saya . merindui saya. "cintailah aku selepas kau mencintai saudara-saudaramu yang lain"

yang merindu mu,
syameera



okeyh. pic ni acc candy . gula-gula masam and panjang-panjang. 
semalam mig dah borong satu kedai hafifah. sebab terlampau xcited nak gerak g ipoh .
gula-gula ni mig xpandang pon dulu , tapi lepas tngok couple WGM dating bawak candy ni.so , mig nak try
mig nak sediakan somtg spesel utk dia. tapi , hajat mig xkesampaian. xdk rezeki lagi kot

rasanya nak tamatkan entry kali ni dah . eh jap2


eh eh jangan salah paham ye . ni cuma kata-kata untuk kita semua 
dan mig xnak hal macam ni terjadi kat dalam hubungan kami
walaupun , itu adalah hakikat . tapi , mig kuat untuk pertahan kan hubungan ni
harap awak nak pertahankan hubungan ini nanti
mungkin awak tak nampak pengorbanan saya 
tapi jangan lah awak buat orang kesayangan awak menangis lagi

SEGALANYA TERTULIS DARI HATI

2 comments:

cahayasyahid said...
This comment has been removed by the author.
cahayasyahid said...

pengorban sesuatu yg menyakitkn tapi pling menyakitkan bila ia sia2..truskan berusaha selagi hati masih kuat..sekiranya dia milik mig pasti x kemana..caiyok2 :)